Tuesday 26 July 2011

MARI KE KEBUN...

Alkisahnya...aku tak pandai buat blog.ni pun sambung daripada org buatkan (tq to Deqna).

CHERITA KEBUN TEBU IAA ENT.

Kebun tebu kitorang tak luas pun..adala tanah 6 ekar. Tapi yang dah di tanam dalam 4 ekar aje.
Tak larat tanam,mesin pun x de. Tambah pulak tak pernah buat kebun,memang cukup la faktor2 untuk mengalami kejadian yang tak berapa diingini dalam projek kebun ni...cheh, projek la pulak.














Ni gambor masa tanam tebu peringkat awal.                        


Yang ni plak,setelah di demolish oleh lembu  yang di bela secara lepas oleh pihak yang tak bertanggungjawab.Hantu punya orang....


Akibat dari perbuatan lembu-lembu itu, kitorang telah mengalami sedikit kerugian kerana tidak dapat memasarkan tebu kepada kawan2 .Sabor je le...Repot polis aku dah buat,siap la ko nanti...







Ni la muka anak kitorang yang sedang memikirkan tentang masalah negara yang menimpa....



Ada ke patut tuan lembu tu boleh biorkan jerlembu diorang ceroboh kebun kitorang sampai jadi LEPER camni?....
















Memang tak patut..Ingat, Tuhan Maha Adil.





 KEBANGKITAN SEMULA...HIARGGGHHH!!!!




 Gambar kat sebelah ni masa kitorang jumpa dengan Wak Min untuk meminta nasihat. Beliaulah yang mengajar perkara2 yang perlu di ambil pasal beliau pun pernah mengalami perkara yang sama.

Yang penting kena buat repot polis dulu,papehal hal belakang nanti senang cerita.Nak bawak parang ke,chainsaw ke,apa ke....



Tengok  tebu Wak Min...tinggi tu....(tebu Taiwan katanya).













Kitorang belum mampu nak pakai kobe idaman mcm kat atas ni.

Pakaila dulu bajak tolak pun bolehla...tu pun kena modified dulu.




Ni la gambor anak pokok tebu yang sedang membesar ( tanam semula) SYUKUR....



Tunggu post akan datang.nanti aku cerita perkembangan terbaru kebun ok. Kalu nak kongsi pendapat kitorang lagi suka,huhu...

TBC...

No comments:

Post a Comment