Thursday 28 July 2011

CERITA DI SEBALIK SEPASANG COP NAMA

Bila nampak cop-cop ni terkenang la pulak masa keje gomen dulu. Ada masa tu aku nak cop saman orang tercop pulak guna cop jururawat masyarakat isteri aku. Yang dia pulak dah cek baby cop pulak pakai cop jabatan aku.Sudah salah da......



TANGKAL DI KEBUN...HEHEHE...



Ni le baju misi dah jadi jaga kebun untuk menghalau binatang yg tak di ingini dan membakar semangat semasa mencangkul.



Nampak tak gambar tengkorak tu? ganas tu..... dah gantung signboard amaran macam ni pun masih jadi lagi,ke orang lembu tu tak tau baca,x sekolah ke..?

Tuan punya lembu dah di bagitau,
Polis pun dah di buat repot,
Tok penghulu pun dah bagi line,
Peguam pun dah bgtau apa yang patut di buat,
jabatan Veterinar,PELADANG pun dah di bagitau,
Pendekar pun dah turunkan ilmu,
Tok moh pun dah tolong,
Apa lagi nak...

Xpe, biar masa jelah yang menentukan.Allah maha mengetahui dan maha adil.Doa orang yang teraniaya makbul tau.

Jual daging lembu yang ada unsur was-was pun x boleh tau.Yela,kalau tuan kebun x halalkan apa yang lembu tu makan...x sah buat korban/akikah lembu tu.Betul x ustaz.

Tuesday 26 July 2011

MARI KE KEBUN...

Alkisahnya...aku tak pandai buat blog.ni pun sambung daripada org buatkan (tq to Deqna).

CHERITA KEBUN TEBU IAA ENT.

Kebun tebu kitorang tak luas pun..adala tanah 6 ekar. Tapi yang dah di tanam dalam 4 ekar aje.
Tak larat tanam,mesin pun x de. Tambah pulak tak pernah buat kebun,memang cukup la faktor2 untuk mengalami kejadian yang tak berapa diingini dalam projek kebun ni...cheh, projek la pulak.














Ni gambor masa tanam tebu peringkat awal.                        


Yang ni plak,setelah di demolish oleh lembu  yang di bela secara lepas oleh pihak yang tak bertanggungjawab.Hantu punya orang....


Akibat dari perbuatan lembu-lembu itu, kitorang telah mengalami sedikit kerugian kerana tidak dapat memasarkan tebu kepada kawan2 .Sabor je le...Repot polis aku dah buat,siap la ko nanti...







Ni la muka anak kitorang yang sedang memikirkan tentang masalah negara yang menimpa....



Ada ke patut tuan lembu tu boleh biorkan jerlembu diorang ceroboh kebun kitorang sampai jadi LEPER camni?....
















Memang tak patut..Ingat, Tuhan Maha Adil.





 KEBANGKITAN SEMULA...HIARGGGHHH!!!!




 Gambar kat sebelah ni masa kitorang jumpa dengan Wak Min untuk meminta nasihat. Beliaulah yang mengajar perkara2 yang perlu di ambil pasal beliau pun pernah mengalami perkara yang sama.

Yang penting kena buat repot polis dulu,papehal hal belakang nanti senang cerita.Nak bawak parang ke,chainsaw ke,apa ke....



Tengok  tebu Wak Min...tinggi tu....(tebu Taiwan katanya).













Kitorang belum mampu nak pakai kobe idaman mcm kat atas ni.

Pakaila dulu bajak tolak pun bolehla...tu pun kena modified dulu.




Ni la gambor anak pokok tebu yang sedang membesar ( tanam semula) SYUKUR....



Tunggu post akan datang.nanti aku cerita perkembangan terbaru kebun ok. Kalu nak kongsi pendapat kitorang lagi suka,huhu...

TBC...